MAKNA DOA SURAH AL-WAQIAH
Makna Doa :
Makna Doa :
Dengan nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang!
Ya Allah!
Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan hak surah Waqiah ini dan rahsianya;
maka dikau mudahkan lah. Kurniakanlah kepadaku kemudahan sebanyak-banyaknya
dari ciptaan –Mu.
Ya Allah tuhan
semesta alam! Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku rezeki dari langit dan bumi, dan
berilah rezeki bagiku kerana engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Yah Allah,
sekiranya terdapat rezekiku di langit maka turunkanlah, dan jika ada di dalam
bumi maka keluarkanlah ia. Jika ada di dalam air dan lautan maka munculkanlah
ia.
Sekiranya rezeki itu
jauh maka dekatkanlah, dan jika dekat permudahkanlah. Jika sedikit maka
perbanyakkanlahdan jika banyak permudahkanlah. Jika sukar maka senagkanlah
bagiku.
Dan tidak sekali-kali
kekurangan bagi ku, di mana adanya berilah dengan kelebihan mu, kemurahan hati
mu dan kemulian mu.
Berikanlah kekuatan
kepadaku (dalam membelanjakannya) dan kurniakan aku rezeki yang tidak terduga
dari mana datangya, rezeki yang halal lagi baik, mengalir terus dan berkat dan
tiada orang mengingininya dan berasa iri kepada ku, serta jadikanlah aku
pemurah, memberi dan jangan bakhil memberi kepada orang lain.
Sesungguhnya engkau
maha kuasa atas segala sesuatu; Dengan rahmatmu wahai Allah yang maha pengasih
lagi maha penyayang.
Apakah kelebihan mengamalkan surah Al-Waqiah?
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:
1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.
Rasulullah bersabda :
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”
2. Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)
3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)
4. Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.
5. Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.
Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
Amalkanlah surah ini terutama bagi usahawan yang ingin lebih maju dalam perniagaan. Sama-sama kita amalkan surah ini kerana surah Al-Waqiah-Surah Pembuka Rezeki.