Tuesday, July 8, 2014





MAKNA DOA SURAH AL-WAQIAH
Makna Doa :

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang!

Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan hak surah Waqiah ini dan rahsianya; maka dikau mudahkan lah. Kurniakanlah kepadaku kemudahan sebanyak-banyaknya dari ciptaan –Mu.

Ya Allah tuhan semesta alam! Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku rezeki dari langit dan bumi, dan berilah rezeki bagiku kerana engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Yah Allah, sekiranya terdapat rezekiku di langit maka turunkanlah, dan jika ada di dalam bumi maka keluarkanlah ia. Jika ada di dalam air dan lautan maka munculkanlah ia.

Sekiranya rezeki itu jauh maka dekatkanlah, dan jika dekat permudahkanlah. Jika sedikit maka perbanyakkanlahdan jika banyak permudahkanlah. Jika sukar maka senagkanlah bagiku.

Dan tidak sekali-kali kekurangan bagi ku, di mana adanya berilah dengan kelebihan mu, kemurahan hati mu dan kemulian mu.

Berikanlah kekuatan kepadaku (dalam membelanjakannya) dan kurniakan aku rezeki yang tidak terduga dari mana datangya, rezeki yang halal lagi baik, mengalir terus dan berkat dan tiada orang mengingininya dan berasa iri kepada ku, serta jadikanlah aku pemurah, memberi dan jangan bakhil memberi kepada orang lain.


Sesungguhnya engkau maha kuasa atas segala sesuatu; Dengan rahmatmu wahai Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. 


Apakah kelebihan mengamalkan surah Al-Waqiah?
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:
1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.
Rasulullah bersabda :
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”
2. Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)
3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)
4. Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.
5. Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.
Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
Amalkanlah surah ini terutama bagi usahawan yang ingin lebih maju dalam perniagaan. Sama-sama kita amalkan surah ini kerana surah Al-Waqiah-Surah Pembuka Rezeki.

No comments:

Post a Comment